Tuesday, November 23, 2010

PENGHIDUP MOTOR 3 FASA


Penghidup motor adalah bertujuan untuk:-

a. Mengurangkan dan menghadkan arus mula kepada satu nilai yang kecil dan selamat.
b. Mengelakkan motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau susutan voltan
c. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh.
d. Perlindungan motor tersebut adalah lebih berkesan sdengan mengadakan alat alat perlindungan dan alat kawalan didalam sistem penghidup motor.

Kebaikan mengurangkan arus mula
• kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung.
• Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor.
• Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.
• Mengurangkan susutan voltan talian.
• Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan.

Keburukan mengurangkan arus mula.
• Mengurangkan daya kilas.
• Kos meningkat dalam menyediakanj alat alat bagi sistem penghidup.
• Keperluan penyelanggaraan meningkat.
• Alat alat terlalu rumit.

PENGHIDUP BINTANG DELTA.
Satu cara laian untuk menghadkan arus mula ialah dengan cara mengurangkan voltan pada gelung. Ini boleh dilakukan dengan cara menyambung gelung gelung motor pada mulanya dalam sambungan bintang, kemudian ia akan bertukar dalam sambungan delta apabila pusingan motor tersebut mencapai satu tahap kelajuan yang tetap.

Cara ini menyebabkan daya kilas mula akan menjadi berkurangan dan ianya hanyalah sesuai bagi motor yang mempunyai kadar beban rendah apabila dimulakan. Beban utama digunakan selepas motor tersebut mencapai kelajuan yang sebenarnya dan ianya disambung dalam delta.

Penghidup ini digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan 3 hingga 10 k.k.
Contohnya alat hawa dingin, pam elektrik dan lain lain.

Kedua dua hujung gelung fasa motor dibawa keluar kepunca stator. Semasa dalam peringkat permulaan iaitu semasa dalam 3 atau 58 % voltan
Ösambungan bintang voltan pada tiap tiap fasa ialah 1 /  talian. Ini mengakibatkan daya kilas akan berkurangan hingga satu pertiga daripada nilai pusingan normal.

Kebaikan penghidup bintang delta
• Penyelenggaraan kurang jika dibandingkan dengan penghidup alatubah auto.
• Bagi keupayaan motor yang sama kos pemasangan adalah lebih murah dari penghidup alatubah auto.

Keburukan penghidup bintang delta
• Keupayaan motor yang digunakan terhad kepada 3 hingga 10 kk.
• Menggunakan punca punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca.

STAR DELTA FORWARD REVERSE

PENGHIDUP BINTANG DELTA MARA SONGSANG



Litar Kawalan





Petunjuk:F - Sesentuh Mara ( Forward contactor )
R - Sesentuh Songsang (Reversed contactor )
D - Sesentuh Delta ( Delta contactor )
S - SesentuhBintang ( Star contactor )
TDR – Geganti pelewat masa (Time Delay Relay)
O/L TRIP - Geganti beban lampau ( Overload relay )
P/ L-E - Lampu penunjuk kecemasan ( Emergency pilot lamp )
P/L- F - Lampu penunjuk Mara ( Forward pilot lamp )
P/L- R - Lampu penunjuk Songsang ( Reversed Pilot lamp )

Sunday, November 21, 2010

PENDAWAIAN CABLE TRAY

Pada asalnya system ini dighunakan untuk menyokong kabel tetapi oleh sebab ia membantu perjalanan pemasangan pendawaian ia juga dikira sebagai satu cara pendawaian.

           Sistem ini ialah satu sistem struktur yang teguh/tegar yang digunakan dengan selamat bagi mengikatkannya atau menyokong kabel serta laluannya

           Semasa pemasangan kabel ke atas dulang, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu dulang tersebut hendaklah dipasang dengan kukuh serta kemas agar tidak tertanggal atau tercabut terutama dulang yang dipasang terbalik di atas siling. Bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan dan mengelakkan berlakunya pelelasan terhadap kabel


      Antara kegunaan Cable Tray:

v  Ia menyokong kabel dengan cara menghubungkan laluan kabel

v  Satu jambatan ialah struktur memberikan laluan selamat bagi merentasi jarak yang luas/terbuka.

v  Dulang kabel ialah menghubungkan itu membolehkan penghantaran pendawaian yang selamat merentasi jarak yang luas.

v  Maka, dapat disimpulkan bahawa dulang kabel sebagai struktur komponen yang penting terhadap satu sistem yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik



Dulang kabel terdapat beberapa jenis iaitu

1.    Perforated Cable Tray (Jenis talam kebel berlubang).

2.    Ladder Cable Tray (Jenis talam kabel bertangga).

3.    Solid Bottom Cable Tray (Jenis talam kabel bawah pejal).

4.    Trough Cable Tray (Jenis talam kabel palung).

5.    Channel Cable Tray (Jenis talam kabel terusan).

6.    Wire Mesh Cable Tray (Jenis talam kabel jaringan wire).


1.    Perforated Cable Tray (Jenis talam kebel berlubang).







2.    Ladder Cable Tray (Jenis talam kabel bertangga).












3.    Solid Bottom Cable Tray (Jenis talam kabel bawah pejal).










4.    Trough Cable Tray (Jenis talam kabel palung).











5.    Channel Cable Tray (Jenis talam kabel terusan).








6.    Wire Mesh Cable Tray (Jenis talam kabel jaringan wire).

SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT

           Sistem pendawaian ini di gunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, misalnya di kilang-kilang,makmal,bengkel dan sebagainya.Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi:

  Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang pendawaian terutamanya kerana ianya  :
1.     memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai punca kerosakan mekanikal   yang banyak
2.     hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik
3.     memudahkan penambahan litar pada masa akan datang
4.     boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu  satu fasa atau tiga fasa
5.     dapat memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih apabila sistem dipasang


Konduit terbahagi kepada 2 jenis (Bahan):-
1-    Konduit Logam.
2-  Konduit Bukan Logam.








     
      Di antara ketiga-tiga jenis konduit, konduit logam tolok berat (Heavy Gauge) pada umumnya digunakan secara meluas sebagai satu sistem pendawaian.

      Manakala konduit bukan logam bahannya adalah diperbuat daripada polivinil klorid dan bagi konduit boleh lentur (Fleaxsible Core) pula digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik

      Kebaikan Sistem Pemasangan konduit :-

1.    Pembuluh/konduit boleh dijadikan pengalir pelindung litar.
2.    Tahan lama, dapat mengelakkan daripada kebakaran.
3.    Kabel tidak mudah cacat (Perlindungan mekanikal yang baik).

     Kelemahan  Sistem Pemasangan konduit :-

1.    Perbelanjaan yang mahal berbanding pendawaian permukaan.
2.    Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
3.    Bentuk tidak kemas (cantik).
4.    Memerlukan pekerja mahir.
5.    Memerlukan alat-alat dan alat tambahan khas.
6.    Akan merosakkkan bangunan jika pemasangan ini di buat sesudah bangunan disiapkkan.

 

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

     Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik, termasuklah pengalir penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesoriaksesori elektrik.Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang didalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori.
    
     Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan berkantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:    
-          pendawaian tersembunyi menggunakan konduit : kabel pvk
-          pendawaian tersembunyi tanpa konduit : kabel pvk/pvk

 CiriCiri Pemilihan
1. Jenis beban yang hendak dipasang
2. Keadaan tempat pemasangan
3. Kos perbelanjaan
4. Tempoh ketahanan pemasangan
5. Kekemasan dan kecantikan
6. Keadaan sekeliling
7. Tempoh masa menyiapkan
8. Perubahan atau penambahan litar
9. Jenis voltan bekalan

1. Bangunan sedang atau sudah siap di buat.
2. Jika bangunan sedang dalam pembinan,konduit dipasang sebelum di ‘plaster’.
3. Jika bangunan telah siap,proses memecahkan dinding/konkrit di lakukan mengikut
    saiz laluan dan ukuran  konduit.






4.  Kedalaman bergantung kepada banyaknya kabel yang digunakan.
5.   Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 1 inci ialah kedalamannya 1 ½  inci  dan bagi kandiut berukuran ¾ inci kedalaman lurah dinding ialah 1 ¼ inci
6. Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel ia biasanya berukuran antara ½ inci hingga ¾ inci juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.