Sunday, November 21, 2010

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

     Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik, termasuklah pengalir penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesoriaksesori elektrik.Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang didalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori.
    
     Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan berkantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:    
-          pendawaian tersembunyi menggunakan konduit : kabel pvk
-          pendawaian tersembunyi tanpa konduit : kabel pvk/pvk

 CiriCiri Pemilihan
1. Jenis beban yang hendak dipasang
2. Keadaan tempat pemasangan
3. Kos perbelanjaan
4. Tempoh ketahanan pemasangan
5. Kekemasan dan kecantikan
6. Keadaan sekeliling
7. Tempoh masa menyiapkan
8. Perubahan atau penambahan litar
9. Jenis voltan bekalan

1. Bangunan sedang atau sudah siap di buat.
2. Jika bangunan sedang dalam pembinan,konduit dipasang sebelum di ‘plaster’.
3. Jika bangunan telah siap,proses memecahkan dinding/konkrit di lakukan mengikut
    saiz laluan dan ukuran  konduit.






4.  Kedalaman bergantung kepada banyaknya kabel yang digunakan.
5.   Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 1 inci ialah kedalamannya 1 ½  inci  dan bagi kandiut berukuran ¾ inci kedalaman lurah dinding ialah 1 ¼ inci
6. Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel ia biasanya berukuran antara ½ inci hingga ¾ inci juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment