Sunday, November 21, 2010

SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT

           Sistem pendawaian ini di gunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, misalnya di kilang-kilang,makmal,bengkel dan sebagainya.Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi:

  Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang pendawaian terutamanya kerana ianya  :
1.     memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai punca kerosakan mekanikal   yang banyak
2.     hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik
3.     memudahkan penambahan litar pada masa akan datang
4.     boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu  satu fasa atau tiga fasa
5.     dapat memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih apabila sistem dipasang


Konduit terbahagi kepada 2 jenis (Bahan):-
1-    Konduit Logam.
2-  Konduit Bukan Logam.








     
      Di antara ketiga-tiga jenis konduit, konduit logam tolok berat (Heavy Gauge) pada umumnya digunakan secara meluas sebagai satu sistem pendawaian.

      Manakala konduit bukan logam bahannya adalah diperbuat daripada polivinil klorid dan bagi konduit boleh lentur (Fleaxsible Core) pula digunakan sebagai konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik

      Kebaikan Sistem Pemasangan konduit :-

1.    Pembuluh/konduit boleh dijadikan pengalir pelindung litar.
2.    Tahan lama, dapat mengelakkan daripada kebakaran.
3.    Kabel tidak mudah cacat (Perlindungan mekanikal yang baik).

     Kelemahan  Sistem Pemasangan konduit :-

1.    Perbelanjaan yang mahal berbanding pendawaian permukaan.
2.    Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
3.    Bentuk tidak kemas (cantik).
4.    Memerlukan pekerja mahir.
5.    Memerlukan alat-alat dan alat tambahan khas.
6.    Akan merosakkkan bangunan jika pemasangan ini di buat sesudah bangunan disiapkkan.

 

2 comments: